Friday, October 29, 2010

Majlis Meraikan Persaraan Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan Tahun 2009 bertempat di Dewan Ballroom, Kiulap Plaza Hotel BSB













Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.Mata pelajaran Melayu Islam Beraja (MIB) akan menjadi lebih menarik apabila gabungan lepasan pelajar tempatan dalam jurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan para pesara Kementerian Pendidikan berjaya mereka cipta perisian mata pelajaran MIB dalam bentuk animasi di masa akan datang.
Menurut Menteri Pendidikan, Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar Haji Apong, mata pelajaran MIB akan menjadi lebih menarik apabila dihidangkan dalam bentuk animasi kepada murid-murid rendah atas yang mempelajarinya sebagai salah satu daripada kurikulum pembelajaran mereka.
Beliau seterusnya menyebutkan mengenai perlunya diperbanyakkan lagi perisian permainan tradisional tempatan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk dimuat turun sebagai salah satu kaedah mendedahkan permainan-permainan tradisional negara ini melalui ICT.
"Satu-satunya perisian permainan tradisional tempatan yang sudah berada di pasaran ketika ini ialah "Pasang Emas" yang direkacipta oleh Cyberunei eServices dan telah pun dipilih untuk menerima Anugerah Produk Buatan Brunei dalam Anugerah ICT Brunei (BICTA) Ke-6, 2010 pada 10 Ogos lalu," kata Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar semasa berucap di Majlis Meraikan Persaraan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan 2009 di Hotel Kiulap Plaza di sini.
Beliau berkata, perisian permainan tradisional tempatan yang sudah ada di pasaran itu boleh pergi jauh lagi jika boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit. Menyentuh semula mengenai keperluan menghasilkan perisian mata pelajaran MIB dalam bentuk animasi, beliau mengambil contoh kartun Melayu yang sangat popular di kalangan kanak-kanak di negara ini ketika ini iaitu "Upin Ipin", yang menurutnya banyak menerapkan unsur-unsur pengajaran.
"Ketika mana generasi kanak-kanak dulu hanya dihidangkan dengan kartun-kartun dari Barat, maka, kanak-kanak zaman ini sangat beruntung dengan kewujudan kartun-kartun berbahasa Melayu ciptaan orang Melayu."
Melihat daripada perkembangan positif berkenaan, para pesara yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan bertahun-tahun dalam bidang pendidikan sama ada yang diperoleh di luar dan dalam negeri boleh dikatakan sebagai pakar pendidikan, adalah wajar bagi mereka menyumbang ke arah menghasilkan perisian mata pelajaran MIB dalam bentuk animasi itu selaku penasihat kepada perekaannya, ujarnya.
Manakala para lepasan Universiti Brunei Darussalam (UBD) ataupun Institut Teknologi Brunei (ITB) yang mengambil jurusan ICT, yang pastinya sangat berkemahiran dalam bidang ICT dan "Kecerdikan Buatan" (Artificial Intelligence - AI) adalah kalangan mereka yang tepat dan sesuai untuk menjadi pereka perisian berkenaan, tambahnya.
Maka gabungan di antara dua pakar dalam bidang masing-masing berkenaan, sambil diperkuatkan lagi dengan kehadiran "pelabur", kewujudan perisian berkenaan pasti akan dapat direalisasikan di masa mendatang, kata Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar penuh yakin.
"Tidak ada orang yang boleh bergerak seorang diri, maka adalah penting bagi semua orang untuk bersatu hati dan bersinergi ke arah menghasilkan sesuatu yang sangat penting dan bermakna bagi Negara Brunei Darussalam itu, lebih-lebih lagi dalam memastikan MIB terus kekal wujud menjadi amalan anak-anak Brunei."

Jasa bakti 242 bekas staf Kementerian Pendidikan tidak dilupakan

Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar ketika menyampaikan sijil dan cenderahati kepada bekas Penolong Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah, Kok Hong Puah.
Seramai 242 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bersara pada 2009 hari ini diraikan dalam satu majlis keraian yang bertujuan menghargai dan mengenang jasa bakti mereka.
Acara kemuncak majlis berkenaan ialah penyampaian sijil dan cenderahati kepada mereka yang bersara berkenaan, disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar Haji Apong.
Majlis yang diadakan di Hotel Kiulap Plaza itu turut bertujuan mengeratkan dan mengekalkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan di antara pegawai dan kakitangan yang masih berkhidmat dan yang sudah bersara di Kementerian Pendidikan.
Mereka yang diraikan itu adalah terdiri daripada kalangan mereka yang telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan termasuk pegawai, tenaga pengajar dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi serta teknikal dan vokasional.
Antara pegawai kanan bersara yang diraikan di majlis itu ialah mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Apsah Haji Abdul Majid, mantan Pengarah Sekolah-Sekolah, Datin Hajah Aishah Haji Mohd Hussain, mantan Pengarah Pendidikan Teknikal, Noorhaizamdin Haji Mosbi, mantan Pengarah Pendidikan Ko-kurikulum, Arsad Haji Adis dan bekas Ketua Unit Pendidikan Khas, Haji Abdul Aji Haji Ishak.
Turut menghadiri majlis itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff Haji Ismail, Pemangku Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Haji Suhaila Haji Abdul Karim dan Pemangku Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi, Dr Haji Junaidi Haji Abdul Rahman.
Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Faizal Janis @ Rosli dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, disusuli dengan ucapan daripada Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.
Meneruskan acara majlis selepas itu ialah ucapan wakil dari pegawai/kakitangan yang bersara iaitu Datin Paduka Apsah, diikuti dengan majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada para pegawai dan kakitangan yang bersara berkenaan dan majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.







MoE honours its 242 retirees

Guest of honour presenting the token of appreciation to one of the recipients.
Another recipient being handed the token of appreciation by the Pehin Hj Abu Bakar.
General view of the officers and staff, retired and current, of the Ministry of Education and its departments at the function.
Datin Paduka Dyg Apsah describing the significance of the event. - PHOTOS: AHMED SHAHEEB
Some 242 retired officers and staff from the Ministry of Education (MoE) and its departments were presented with certificates of appreciation yesterday, in ceremony held at the Kiulap Plaza Hotel.
The certificates were handed to the retirees by the Minister of Education, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Hj Awg Abu Bakar bin Hj Apong as guest of honour at the function.
The ceremony, which was organised jointly by the Department of Planning, Development and Research in collaboration with the Higher Education Unit, was aimed at honouring the contributions of the officers and staff who retired in 2009 from service under the Ministry of Education. It was also meant to foster closer relations and bring about a sense of camaraderie between them and the staff who are currently in service.
Many of the retirees had worked for His Majesty's Government for over 32 years in various educational institutions in the country.
Datin Paduka Dyg Apsah binti Hj Abd Majid, the former Permanent Secretary at the Ministry of Education said that event is significant in that it recognises the trials and tribulations of the retirees during their service right from the bottom up to the executive levels.
She also urged those still serving under His Majesty's Government to work hard to meet the nation's vision of being recognised globally for well-educated and highly skilled individuals.
Among those who received certificates of appreciation at the ceremony were Datin Hjh Aishah binti Hj Mohd Hussain, the former Director of Schools; Awg Noorhaizamdin bin Hj Mosbi, former Director of Technical Education;
Awg Arsad bin Hj Adis, former Director of Curriculum Education; and Awg Hj Abd Aji bin Hj Ishak, the former Head of the Special Education Unit.
Also present at the ceremony were the Deputy Minister of Education, Dato Seri Setia Hj Yusoff bin Hj Ismail; the Acting Permanent Secretary (Core Education) at the ministry, Awg Hj Suhaila bin Hj Abd Karim; the Permanent Secretary (Higher Education) at the ministry, Dr Hj Junaidi bin Hj Abd Rahman; along with directors, senior officers and staff under the Ministry of Education.



















Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih
daripada
Pemangku Pengarah DP
dan
daripada
Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan
Ketua Bahagian Pengajian Tinggi
Selaku Pengerusi Bersama
JawatanKuasa Majlis Meraikan Persaraan Pegawai dan Kakitangan
Kementerian Pendidikan Tahun 2009


Daripada semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan DP mengucapkan
Selamat menunai fardu Haji kepada Dyg Hajah Normah
semoga mendapat haji mabrur Amin..........

No comments:

Post a Comment

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...