Sunday, December 5, 2010

PESTA SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KALI KE-2, 2010 - Mini Maraton



















Pesta Sukan Sekolah Rendah
disambut Meriah


Murid Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mohd Rizauddin Sukarmie Raizal yang mewakili Kawasan Brunei IIB mencuri tumpuan acara Mini Maraton Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali Ke-2 itu yang dilangsungkan hari ini dengan catatan masa 36.21 saat bagi mencipta rekod baru Pesta Sukan berkenaan. Acara larian yang dibahagikan kepada kategori lelaki (7.5 kilometer) dan kategori perempuan (6.5 kilometer) itu menyaksikan Kawasan Brunei IIA mengutip 1 pingat emas dan 2 pingat perak, diikuti Kawasan Brunei IIB dengan kutipan 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa, manakala Brunei IV mengutip 1 pingat gangsa.

Memungut pingat perak kategori lelaki dengan catatan masa 39 minit 34 saat ialah wakil Kawasan Brunei IIA, Ahmad Wafid Firdaus Abdul Rahim, manakala pingat gangsa dimenangi wakil Kawasan Brunei IIB, Ahmad Yazid Hidup yang mencatat masa 40 minit 9 saat. Dalam acara yang bermula dan berakhir di balapan Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu, wakil Kawasan Brunei IIA, merangkul pingat emas dan perak, kedua-duanya melalui dua orang murid Sekolah Rendah Pantai Berakas, iaitu Nur Huslina Saiful Rizal yang mencatat masa 39 minit 58 saat dan Siti Nur Azimah Md Khairudin dengan catatan masa 42 minit 22 saat.

Kawasan Brunei IV meraih satu-satunya pingat dalam acara Mini Maraton berkenaan melalui sumbangan pelari dari Sekolah Rendah Panglima Berudin Limau Manis, Nur Shariza Rahman yang mencatat masa 42 minit 38 saat bagi meraih pingat gangsa.

Melepaskan para peserta dan kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada 25 orang pelari terbaik dalam setiap kategori ialah Wakil Peribadi Pemangku Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, Dr Haji Junaidi Haji Abdul Rahman iaitu Pemangku Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Pe-nyelidikan, Kementerian Pendidikan, Awangku Abdullah Pengiran Haji Tengah. Mengiringi beliau ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Haji Kassim Mohammad Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pesta Sukan berkenaan, Haji Kassim Mohammad Yassin.


maaf gambar tidak dapat di upload, tq

Taklimat bagi Survey 2010 - Questionaires on Education Statistics (UNESCO)



















PESTA SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH 2010 - Peringkat Akhir Bolasepak

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...