Sempena Sambutan Hari Guru
Kali Ke 26 Tahun
Jam 3.15 Petang Hari Rabu
19 Zulhijjah 1437 bersamaan 21hb September 2016
Makam Diraja Brunei yang terletak di
KM 2, Jalan Tutong atau juga dikenali juga sebagai Jalan Kubah Makam Diraja di
Bandar Seri Bagawan mula digunakan semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan 'Omar
'Ali Saifuddin I ibni Al-Marhum Sultan Muhammad 'Alauddin, Sultan Brunei ke-18
yang memeritah pada tahun 1762 hingga 1786 - Maklumat di Makam Diraja dan ada
menyatakan 1740 hingga 1778 - Pusat Sejarah Brunei. Baginda mangkat pada hari
Khamis 22 Zulhijjah 1200 bersamaan 16 Oktober 1786 dan ada juga menyatakan
baginda mangkat pada 09 Julai 1795. Baginda merupakan Sultan Brunei yang
pertama dimakamkan dikawasan ini dan Sultan-Sultan selepas Al-Marhum juga
dimakamkan disini. Makam-makam Sultan Brunei sebelum baginda di makamkan
di beberapa kawasan sekitar Badar Seri Bagawan seperti di Kota Batu, Tanjung
Kindana, Kiangeh dan Luba serta Pulau Chermin.
Didalam kawasan makam diraja ini juga
terdapat batu bersurat yang diukir oleh Khatib Abdul Latif pada 10 Februari
1806 atas titah perintah Al-Marhum Sultan Muhammad Tajuddin, Sultan Brunei
ke-19 iaitu putera kepada Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I. Tujuan
utama baginda adalah supaya salah silah Sultan-Sultan Brunei yang di ceritakan
dari mulut ke mulut dapat didokumentasikan sebagai rujukan generasi akan datang
terutamanya kepada keluarga diraja. Batu bersurat ini juga merupakan
sebahagian daripada makam Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II, Sultan
Brunei ke-23.
Kubah Makam Diraja yang merupakan
sebuah bangunan makam untuk menempatkan Sultan dan Kerabat Diraja yang kanan
pula siap dibina sepenuhnya pada 1965. Didalam kubah ini terdapat makam
empat orang Sultan Brunei iaitu Al-Marhum Sultan Hashim Jalilul 'Alam 'Aqamaddin,
Sultan Brunei ke-25 ; Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II, Sultan
Brunei ke-26 ; Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Brunei ke-27 dan
Al-Marhum Sultan Haji 'Omar 'Ali Saifuddien III, Sultan Brunei ke-28.
Dibahagian luar Kubah Makam Diraja pula terdapat
makam Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I, Sultan Brunei ke-18 ;
Al-Marhum Sultan Muhammad Tajuddin, Sultan Brunei ke-19 ; Al-Marhum Sultan
Muhammad Jamalul 'Alam I, Sultan Brunei ke-20 ; Al-Marhum Sultan Muhammad
Kanzul Alam, Sultan Brunei ke-21 ; Sultan Muhammad 'Alam, Sultan Brunei ke-22
; Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddien II, Sultan Brunei ke-23
; Al-Marhum Sultan 'Abdul Momin, Sultan Brunei ke-24.