Wednesday, September 21, 2016

MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

Sempena Sambutan Hari Guru 
Kali Ke 26 Tahun
Jam 3.15 Petang Hari Rabu 
19 Zulhijjah 1437 bersamaan 21hb September 2016


Makam Diraja Brunei yang terletak di KM 2, Jalan Tutong atau juga dikenali juga sebagai Jalan Kubah Makam Diraja di Bandar Seri Bagawan mula digunakan semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Al-Marhum Sultan Muhammad 'Alauddin, Sultan Brunei ke-18 yang memeritah pada tahun 1762 hingga 1786 - Maklumat di Makam Diraja dan ada menyatakan 1740 hingga 1778 - Pusat Sejarah Brunei. Baginda mangkat pada hari Khamis 22 Zulhijjah 1200 bersamaan 16 Oktober 1786 dan ada juga menyatakan baginda mangkat pada 09 Julai 1795. Baginda merupakan Sultan Brunei yang pertama dimakamkan dikawasan ini dan Sultan-Sultan selepas Al-Marhum juga dimakamkan disini.  Makam-makam Sultan Brunei sebelum baginda di makamkan di beberapa kawasan sekitar Badar Seri Bagawan seperti di Kota Batu, Tanjung Kindana, Kiangeh dan Luba serta Pulau Chermin.  




Didalam kawasan makam diraja ini juga terdapat batu bersurat yang diukir oleh Khatib Abdul Latif pada 10 Februari 1806 atas titah perintah Al-Marhum Sultan Muhammad Tajuddin, Sultan Brunei ke-19 iaitu putera kepada Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I. Tujuan utama baginda adalah supaya salah silah Sultan-Sultan Brunei yang di ceritakan dari mulut ke mulut dapat didokumentasikan sebagai rujukan generasi akan datang terutamanya kepada keluarga diraja.  Batu bersurat ini juga merupakan sebahagian daripada makam Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II, Sultan Brunei ke-23.



Kubah Makam Diraja yang merupakan sebuah bangunan makam untuk menempatkan Sultan dan Kerabat Diraja yang kanan pula siap dibina sepenuhnya pada 1965.  Didalam kubah ini terdapat makam empat orang Sultan Brunei iaitu Al-Marhum Sultan Hashim Jalilul 'Alam 'Aqamaddin, Sultan Brunei ke-25 ;  Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II, Sultan Brunei ke-26 ; Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Brunei ke-27 dan Al-Marhum Sultan Haji 'Omar 'Ali Saifuddien III, Sultan Brunei ke-28






Dibahagian luar Kubah Makam Diraja pula terdapat makam Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I, Sultan Brunei ke-18 ; Al-Marhum Sultan Muhammad Tajuddin, Sultan Brunei ke-19 ; Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I, Sultan Brunei ke-20 ; Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul Alam, Sultan Brunei ke-21 ; Sultan Muhammad 'Alam, Sultan Brunei ke-22 ; Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddien II, Sultan Brunei ke-23 ; Al-Marhum Sultan 'Abdul Momin, Sultan Brunei ke-24. 




AL-FATIHAH




No comments:

Post a Comment

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...