Friday, April 6, 2012

LEAP21

 Day 1











































Day 2



 








 












 





 




 




Seramai 59 guru dari enam buah sekolah menengah di negara ini menerima sijil setelah menamatkan bengkel Pembelajaran dan Pengajaran Inovatif (ITL) dalam majlis yang berlangsung di Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam, hari ini.
Hadir selaku wakil tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil ialah Timbalan Dekan Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah Dr. Jainatul Halida Jaidin. Turut hadir ialah tenaga pengajar bengkel dari pasukan penyelidik Learning Educators, Advancing Pedagogy for the 21st Century (LEAP21).
Melalui bengkel yang disertai oleh guru-guru matematik, sains dan mata pelajaran sains sosial ini, tenaga pengajar LEAP21 berperanan menyediakan kemahiran-kemahiran pembelajaran abad ke-21 termasuk pembinaan ilmu pengetahuan, kerjasama, menyelesaikan masalah berdasarkan kepada situasi dunia sebenar, perhubungan dan penggunaan ICT secara efektif dalam dunia yang pesat berubah.
Dari bengkel itu juga pasukan penyelidikan SHBIE akan mengumpul data bagi penggunaan LEAP21 oleh guru-guru, yang mana data ini akan membentuk sebahagian daripada pangkalan data antarabangsa dari mana program pembangunan profesional akan diwujudkan untuk pelaksanaan di semua sekolah dalam sistem pendidikan.
Semasa temu bual Media Permata dengan salah seorang peserta iaitu guru sains dari Maktab SOAS, Md Khairul Azmi bin Sawal, berkata, bengkel ini setentunya akan memberi impak kepada para guru dan sekolah khususnya dalam bidang pendidikan ICT dan penggunaannya dalam bilik darjah.
LEAP21 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan dan rakan penyelidikan Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), UBD.
Bagi LEAP21, Negara Brunei adalah peserta dalam projek ITL antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara yang ditaja oleh Microsoft dan disokong oleh SRI Antarabangsa.
 Day 3


 


  

A TOTAL of 59 teachers received their certificates yesterday after participating in the Innovative Teaching and Learning (ITL) workshop. The ceremony took place at the Institute for Leadership, Innovation and Advancement (ILIA), Universiti Brunei Darussalam (UBD).

On hand to present the certificates was Dr Hjh Jainatul Halida Jaidin, Deputy Dean (Administration) at the Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (SHBIE), UBD.

During the workshop, teachers were trained on how to use practical tools for design and evaluation of learning activities and students' work towards achieving the goals of the 21st Century National Education System (SPN21).

The workshop was also held to prepare the teachers for the Learning Educators Project, Advanced Pedagogy for the 21st Century (LEAP 21), an initiative of the Ministry of Education and SHBIE.

Following the workshop, the SHBIE research team will be collecting data on the teachers' use of LEAP 21. The data will form part of an international database from which a professional development can be created.

In an interview with The Brunei Times, Aisyah Arwa As-syifa Abdullah, a Social Studies teacher from Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), said the course taught her how to integrate ICT into the learning environment and how it can help achieve the objectives of learning.

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...