Monday, May 10, 2010

Taklimat Tunjukcara Borang Maklumat Pelajar bagi Sekolah-Sekolah Menengah, Rendah dan Pendidikan Swasta didaerah Temburong yang diadakan Di Sekolah Rendah Sultan Hashim, Batu Apoi dan Sekolah Rendah Sultan Hasan, Bangar Temburong pada 6 Mei 2010

Acara Walkaton Sambutan Sempena Memperingati Hari Pekerja 2010



Pehin Dato Seti Setia Haji Adanan bersama wakil Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan
Lebih 3,000 orang menyertai acara walkaton sempena memperingati Hari Pekerja di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien pada 2 Mei 2010.

Pelancaran acara walkaton itu disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Dato Seti Setia Haji Adanan Haji Mohd Yusof bagi peserta lelaki sementara pelancaran acara walkaton bagi peserta perempuan disempurnakan oleh Datin Paduka Hajah Salmah Haji Hanafiah.

Terdahulu sebelum pelancaran, Pehin Dato Seti Setia Haji Adanan berpeluang bersalaman dengan peserta diikuti dengan senamrobik yang dipimpin oleh Awang Roslan Haji Munap dari Jabatan Penjara.

Peserta lelaki yang diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Dato Seti Setia Haji Adanan berjalan sejauh 3.5 kilometer manakala peserta perempuan berjalan sejauh 3 kilometer dan diketuai oleh Datin Paduka Hajah Salmah.

Turut serta dalam acara walkaton sempena memperingati Hari Pekerja itu ialah Haji Abu Bakar bin Haji Momin, wakil dari Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan.

3,000 participate in May Day Walkathon


Some 3,000 people comprising employers, company managers, local and foreign national employees as well as members of the public yesterday participated in the World Labour Day or May Day Walkathon 2010, to commemorate the event that falls on May 1 every year.


Present to lead the participants throughout the walkathon was the Minister of Home Affairs, Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Yusof.


The participants were also given free drinks along the way at designated checkpoints in numerous spots along the walkathon trail.


May 1 is celebrated every year as Labour Day where member countries of the International Labour Organisation (ILO) commemorate the day by organising various events and activities.



Kreativiti guru penting ketika pembelajaran peringkat rendah

Dr Haji Kassim melancarkan eXPLOMATHS ke-18.

Sebahagian murid-murid yang menghadiri majlis itu.
Dr Haji Kassim menyaksikan pameran matematik mini.

TUTONG, Isnin - Kreativiti guru adalah amat penting dalam pembelajaran khususnya bagi murid di peringkat rendah kerana sebahagian besar daripada mereka masih berada di tahap concrete operational dan masih sukar untuk memahami sesuatu yang bersifat abstrak.

Bagaimanapun, menerusi penggunaan ICT di bilik darjah akan dapat membantu guru menerangkan konsep dengan lebih mudah, menarik perhatian serta menjadikan pembelajaran lebih seronok.

Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Junaidi Haji Abdul Rahman berkata, penggunaan ICT merentas kurikulum perlu dimaksimumkan kerana ICT adalah keperluan masa ini dan juga mempunyai pelbagai permainan atas talian yang mencabar serta menyeronokkan yang boleh dimuat turun bagi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

"Guru-guru cuma perlu bijak memilih permainan atau kegiatan atas talian yang bersesuaian dengan topik yang diajarkan oleh mereka," katanya semasa berucap merasmikan eXPLOMATHS Ke-18 yang diadakan di Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong 1, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Dr Haji Kassim Haji Daud.

Menurut Dr Haji Junaidi, kaedah pembelajaran begitu adalah jauh lebih menarik dan interaktif serta lari dari kebiasaan kaedah pembelajaran, chalk and talk.

Katanya, kegiatan Cabaran Laluan Maths yang merupakan acara utama eXPLOMATHS 2010 adalah kegiatan yang amat menarik kerana ia memberikan keseronokan kepada pelajar dan memberikan peluang kepada mereka berkongsi idea serta pengetahuan dalam satu pasukan untuk menyelesaikan tugasan yang disediakan.

Dr Haji Junaidi turut menekankan bahawa keseronokan itu adalah penting kerana apabila pelajar berasa seronok maka minat dan keinginan mereka terhadap mata pelajaran berkenaan akan meningkat khususnya mata pelajaran penting serta mencabar seperti matematik.

Sebilangan pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran Matematik adalah pelajaran yang susah dan anggapan yang salah itu boleh memberikan implikasi negatif terhadap pencapaian mereka di bilik darjah. Mereka harus peka bahawa mata pelajaran Matematik bukan setakat satu subjek yang perlu dipelajari bagi tujuan akademik dan peperiksaan sahaja tetapi ia mempunyai kepentingan dalam kehidupan seharian.

Pertandingan eXPLOMATHS ke-18 dikendalikan oleh Pusat Sains, Teknologi dan Kerjasama Alam Sekitar yang dianjurkan bersama oleh Sekolah Rendah Muda Hashim dan Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong dengan sokongan dari Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd.

Pertandingan itu dihasratkan untuk membantu pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh dalam bilik darjah keluar bilik darjah dan secara langsung membolehkan pelajar untuk menyatupadukan aspek matematik yang dipelajari dengan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian.

Pertandingan itu juga berperanan untuk meningkatkan minat dana keinginan pelajar untuk mempelajari mata pelajar Matematik bukan sahaja sebagai mata pelajaran dalam sekolah tetapi bagi kegunaan kehidupan seharian.

Di majlis berkenaan, Dr Haji Kassim turut menyampaikan risalah mengenai eXPLOMATHS ke-18 kepada wakil-wakil pemimpin Sekolah dan membuat lawatan menyaksikan pameran matematik yang diadakan oleh pelajar-pelajar sekolah.



Taklimat Tunjukcara Borang Maklumat Pelajar bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong yang diadakan Di Sekolah Rendah Binturan, Tutong pada 5 Mei 2010

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...