Saturday, April 7, 2012

SEMINAR KEBAHASAAN DALAM RANGKA SIDANG EKSEKUTIF KE-51 MABBIM


Pada 4 April 2012




MABBIM iktiraf tokoh bahasa 

4 April - Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) hari ini mengiktiraf tokoh-tokoh bahasa dalam tiga anugerah utamanya.
Tiga penerima Anugerah Tokoh MABBIM ialah Pengiran Dato Paduka Haji Badaruddin Pengiran Haji Ghani, Dr Mataim Bakar dan Dato' Haji A. Aziz bin Deraman.
Anugerah Ilmuwan MABBIM pula diterima oleh Pengiran Hajah Zabaidah Pengiran Haji Kamaludin, Prof Madya Dr Haji Jaludin Haji Chuchu, Prof Dr Menaldi Rasmin, Dr Jan Hoesda, Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan dan Prof Dr Shaharir bin Mohamad Zain. Manakala, Dayang Hajah Saddiah Ramli telah menerima Anugerah Khas MABBIM.
Anugerah disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayan, Belia dan Sukan, Haji Mohd Rozan pada Perasmian Seminar Kebahasaan dan Sambutan 40 Tahun MABBIM yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun hari ini.
Awang Haji Mohd Rozan turut melancarkan empat buah buku dan menyaksikan pameran mini sempena sambutan ulang tahun ke-40 MABBIM.
Pameran itu telah menggabungkan latar belakang, sejarah, inisiatif awal yang dibentuk dalam pemantapan bahasa Melayu atau Indonesia melalui pedoman dan daftar sehingga rentetan daripada perkembangan yang berlaku dan keazaman yang tinggi untuk memodenkan dan memperkaya leksikon bahasa Melayu atau Indonesia.
Manakala Seminar Kebahasaaan bertemakan Mentrans-formasikan Budaya Ilmu untuk Menyerlahkan Jati Diri Bangsa membincangkan kerjasama penerbitan Bahasa Baku yang sempurna, merangka pedoman, daftar glosari, kamus istilah dan kamus bahasa.
Ketua Perwakilan Brunei Darussalam, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin semasa berucap pada seminar itu mengatakan kerjasama meluas ini perlu untuk mengembangkan leksikon Bahasa Melayu atau Indonesia. "Bahasa Melayu atau Indonesia kini berkembang kepada konsep-konsep baru yang mencerminkan nilai-nilai modenisme dan intelektual sesuai dengan dinamika ekonomi dan sosial," ujar Dayang Hajah Aminah.
Seminar turut membentangkan 11 kertas kerja ketua perwakilan negara, Malaysia, Indonesia dan ketua pemerhati Singapura.










Day 2 Pada 5hb April 2012 (Khamis)













Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...