Wednesday, September 14, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan Pegawai-Pegawai JPPP yang Bersara / Berpindah


Lawatan Kerja dari Negara Japan ke Jabatan ini pada 7 Sept 2011





KAJISELIDIK UNTUK PROJEK : COMPARATIVE STUDY ON EDUCATION FOR ASEANDESS AND CITIZENSHIP EDUCATION IN TEN ASEAN COUNTRIES.
(05 SEPTEMBER HINGGA 11 SEPTEMBER)

Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan telahpun diarahkan untuk membantu Professor Toshifumi Hirata dari Oita University, Jepun bersama dengan Dr. Hajah Sallimah binti Haji Mohd, Salleh dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dalam melaksanakan kajiselidik tersebut di atas.

Untuk makluman, kajiselidik tersebut dibiayai oleh Japan Soceity for the Promotion of Science adalah satu projek koloborasi kesepuluh buah negara - negara ASEAN dengan Jepan selama empat tahun 2010 hingga 2014. Salah satu tujuan projek tersebut adalah untuk menyelidik keadaan, isu dan prospek untuk menyelenggerakan pendidikan kenegaraan mengenai dengan “ASEANness” melalui polisi dan analisis kurikulum sebagai salah satu usaha menyahut wawasan Komuniti ASEAN 2015.

Projek tersebut dianggotai oleh 18 orang pensyarah dari universiti-universiti di Jepun dan 13 orang pensyarah dari negara-negara ASEAN dan Dr Hajah Sallimah adalah dipilih bagi mewakili Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan itu, Dr Hajah Sallimah binti Haji Mohd Salleh dan Professor Toshifumi Hirata berserta 3 orang rakan mengadakan kunjungan kehormat (courtesy call) ke Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan. Kunjungan tersebut telah dialu-alukan dan diberi taklimat serta penerangan oleh Pemangku DP berserta pegawai - pegawai JPPP pada 8 Syawal 1432/7 September 2011.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan 1432H


Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...