Tuesday, February 21, 2012

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali ke 28 Tahun

























































































 














Warna-warni merdeka

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb - Laungan Takbir "Allahu Akhbar" sebanyak tiga kali yang berkumandang di Bandar Seri Begawan merupakan tanda hormat serta setia kepada raja dan negara oleh ribuan peserta yang menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Sambutan itu merupakan satu titik nota yang penting dalam sejarah negara kerana pada 2012, Brunei telah menikmati pembangunan yang pesat dan kemakmuran negara yang datang dari usaha penduduk dan rakyat serta kerajaan dalam memastikan negara akan terus menjadi sebuah negara yang memainkan peranan yang penting di dalam pelbagai isu serantau dan antarabangsa.

Lebih dari 21,000 peserta TERMASUK 9 ORANG Pegawai dan Kakitangan  dari Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan mengambil bahagian di dalam Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan dengan kebanyakan peserta sudah hadir dari awal pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan penuh gilang-gemilang itu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,hari ini berkenan berangkat menghadiri Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-28 yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dengan sambutan bertemakan 'Negaraku Brunei Darussalam'.

Pukulan hadrah mengiringi keberangkatan tiba Baginda Sultan serta ahli kerabat-kerabat diraja yang lain di kawasan Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.

Sejurus keberangkatan tiba, Baginda Sultan serta anggota kerabat diraja lain menerima Hormat Diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

Baginda Sultan kemudian dijunjung memeriksa pasukan perbarisan kawalan kehormatan sebelum berangkat semula ke pentas diraja.
Baginda Sultan sekali lagi menerima hormat diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan.

Baginda Sultan serta anggota kerabat diraja lain kemudian menyaksikan upacara perbarisan lalu di hadapan pentas diraja yang melibatkan kira-kira 21,000 peserta iaitu sebanyak 122 pasukan yang didahului oleh pembawa bendera negara berukuran besar diikuti oleh pasukan-pasukan pembawa bendera logo Hari Kebangsaan, pembaca ikrar, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei, pasukan berpakaian seragam, kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, daerah-daerah, sektor swasta, institut pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah, persatuan dan pertubuhan awam.

Acara diteruskan dengan perarakan masuk 28 orang pemain hadrah yang mengiringi 28 orang pembaca ikrar di mana lafaz ikrar Hari Kebangsaan telah diketuai oleh Awang Abdul Muizz bin Moktar yang disusuli dengan laungan sebanyak tiga kali, Allahu Akbar, oleh peserta dan mereka yang hadir di upacara itu.

Acara kemuncak perhimpunan iaitu persembahan berkonsepkan Masa sebagai teras pengurusan kegiatan pembangunan ekonomi dan sosial negara melalui pembentukan imej serta pergerakan setempat.

Pertunjukan yang disertai oleh seramai 7,700 peserta di mana persembahan itu menjunjung tingi azam Baginda Sultan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir, mempelbagaikan ekonomi negara, mempertahankan alam sekitar dan mempunyai sumber tenaga yang bertahan saing serta usaha untuk manfaatkan hasil bumi bagi kepentingan negara.

Persembahan yang menggunakan peredup kereta sebagai prop persembahan mempunyai makna yang tersurat dan tersirat di dalamnya dengan menggambarkan ketaatsetiaan kepada raja dan negara.
Persembahan juga diserikan dengan pertunjukan Alap-Alap dari Tentera Udara Diraja Brunei.

Tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-28 sekali lagi adalah Negaraku Brunei Darussalam di mana tema memberikan penekanan kepada rasa kepunyaan rakyat terhadap negara sambil memperlihatkan pengakuan mereka terhadap Brunei sebagai negara kita.

Huraian tema menyatakan bahawa rasa kepunyaan terhadap negara merangkumi selurah perkara yang berhubungan dengan negara termasuk pemimpin, kerajaan, perlembagaan, undang-undang, warisan budaya, khazanah dan falsafahnya.

Tema itu juga mengajak semua rakyat negara tanpa mengira umur, keturunan, pangkat, bangsa dan agama untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab untuk memastikan negara sentiasa aman, sejahtera, makmur serta kekal sebagai negara Melayu Islam Beraja

Syabas dan tahniah! Itulah ungkapan penghargaan daripada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah kepada semua peserta, kementerian, agensi kerajaan, pasukan keselamatan, sekolah, institusi pengajian, badan bukan kerajaan, persatuan, pihak swasta dan semua yang menyertai acara dan persembahan serta menjayakan Sambutan Ulang Tahu Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-28 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Day of pomp and pride

Around 21,000 parade participants including 9 officials and staffs from Department of Planning, Development and Research Ministry of Education turned the historical Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien in the capital into a congregation of humanity beneath a clear sky during the 28th National Day Celebration yesterday.
The theme this year was "My Country Brunei Darussalam".

Long before the arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and other members of the royal family as well as VIP guests, participants and people started to arrive as early as 4.30am and by the time it was close to 6am, roads leading to the city centre were choc-a-bloc with cars and other vehicles.

It was one of the Sultanate's biggest national events, where over 122 government departments and agencies, associations and organisations from public and private sectors totalling more than 21,000 representatives appeared in front of the Royal Dais at the Taman for an ultimate show of loyalty and unity under one proud flag.
Patriotic songs echoed through the city centre as early as 7am, as the National Day participants positioned themselves for a grand show.


The event began with "a Hormat Diraja" or Royal Salute, followed with the singing of the country's national anthem - "Allah Peliharakan Sultan".
After the parade, 28 hadrah performers accompanied by 28 oath readers made their way in front of the Royal Dais for the reading of the National Day pledge, before the field performance began.

This year's National Day celebration field performance was choreographed with a difference, as 7,700 field performers from various agencies and associations including public and private sectors joined hands for a showcase utilising different colours of car shades.

The concept for this year's field performance was "Masa" or "Time", whereby the arrangement and movement of the people and images depicted the core activities in the economic and social development of the nation. The performance combined the spirit and energy to depict the dynamism of Brunei Darussalam as a nation of sovereignty and independence.


Towards the end of the field performance this year's National Day celebration saw a unique performance - an "Alap Alap" aerobatic show from the Royal Brunei Air Force.


'We are proud to be Bruneian'


Hari               Pertama                 Latihan                  Pebarisan                       diadakan























Hari               kedua                 Latihan                  Pebarisan                      diadakan






















Hari               ketiga                  Latihan                Pebarisan                      diadakan















Hari               keempat               Latihan                Pebarisan                      diadakan

































Hari               kelima               Latihan                Pebarisan                      diadakan



































Hari               keenam               Latihan                Pebarisan                      diadakan









































Selesai jumpa lagi Hari Kebangsaan yang ke 29, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...