Friday, October 8, 2010

Rumah tebuka sempena Hari Raya AidilFitri


Hari Raya eratkan lagi kemesraan

Hari Raya Aidilfitri yang menjadi hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa disambut penuh meriah tanda kesyukuran kejayaan kita melawan hawa nafsu dan mengawal perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Takbir memuji kebesaran Allah bergema bermula di malam Syawal yang menjadi tradisi di Brunei bagi menandakan kedatangan Aidilfitri.
Ia disusuli dengan aktiviti kunjung-mengunjungi, memohon kemaafan di antara ahli keluarga, sanak saudara mahupun rakan taulan.
Amalan yang menjadi tradisi umat Islam itu memupuk semangat kekeluargaan, menjana kemesraan dan mengeratkan silaturahim.
Berbagai juadah dan beraneka kek serta minuman menyelerakan menjadi hidangan untuk disajikan kepada yang bertandang.
Di sebalik kita disarankan meraikan Hari Raya dengan sederhana, sambutan tetap meriah dengan suasana hubungan silaturahim kekeluargaan yang erat, pertalian persaudaraan yang tetap kukuh di samping kemesraan sesama rakan terus terikat.
Senario inilah membuktikan betapa Syawal mempunyai hikmat yang sangat bernilai bagi umat Islam secara keseluruhannya.
Terima Kasih kepada Bahagian Pemantauan dan Perkembangan atas jamuannya
daripada pegawai dan kakitangan yang hadir

No comments:

Post a Comment

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...