Monday, November 16, 2009

MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN BACAAN TAHLIL




Doa kesyukuran dan bacaan tahlil dibacakan oleh Awang Haji Abu Bakar bin Hj Momin.







Sabda Rasulullah SAW
Apabila Ibnu Adam (Manusia) telah Meninggal maka terputuslah amalnya melainkan tiga perkara : Sadaqah Jariah, Ilmu yang Bermanafaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.






































Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasih.
Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam, iaitu puji-pujian yang menyempurnakan nikmat dan yang mencukupkan limpah kurnianya.
Wahai Tuahn kami, hanya bagimulah segala puji-pujian sebagaimana puji-pujian yang layak bagi kebesaran-Mu dan bagi keagungan kerajaan-Mu.
Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah selawat ke atas Sayidina Muhammad, iaitu selawat yang Engkau lepaskan kami denganya daripada sekalian kesusahan dan kebinasaan, yang Engkau tunaikan bagi kami denganya segala hajat, yang Engkau sucikan kami denganya daripada semua kejahatan, dan yang Engkau angkatkan kami dengannya disisi mu pada setinggi-tinggi darjat serta yang engkau sampaikan kami dengannya kepada sejauh-jauh cita-cita daripada sekalian kebajikan di masa hidup dan di masa sesudah mati, juga selawat ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya. Anugerahilah mereka salam sejehtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Amat Pengasih.

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam.




No comments:

Post a Comment

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...