Monday, February 21, 2011

Latihan Pebarisan Lalu Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke 27 tahun

Latihan Perbarisan diadakan di Padang dan Belapan SM PAP Hajah Masna Jalan 10 Kampong Perpindahan Lambak kanan Berakas

10 februari 2011

hari khamis

semangat yang dilihatkan oleh wakil Jabatan yang terpilih

Sebahagian Pegawai/kakitangan dari Jabatan lain yang ikut serta

Tempat Pendaftaran kedatangan peserta

Jawatankuasa Kerja sempena Menteri-Menteri Pendidikan Asian













Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassallam' Hari Selasa 12 Rabiulawal 1432 bersamaan 15 Februari 2011

Peserta dari Kementerian yang ikut serta dalam perarakan berjalan kaki mengelilingi Bandar Seri Begawan
















Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi ini berkenan berangkat menyertai lebih 20,000 orang rakyat Baginda dalam sama-sama meraikan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam Peringkat Negara Bagi Tahun 1432 Hijrah.

Acara kemuncak majlis ialah perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 4.3 kilometer yang telah berkenan didahului oleh Baginda Sultan, disertai oleh Kerabat-Kerabat Diraja, Pembesar-Pembesar Negara serta 139 buah pasukan yang mengambil bahagian, yang dianggarkan mengandungi seramai 20,574 orang peserta.

Pasukan-pasukan itu terbahagi kepada 127 buah pasukan bernombor dan 12 pasukan tidak bernombor, terdiri daripada Pasukan Beruniform, Kementerian, Jabatan Kerajaan, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah Menengah, Sekolah Ugama, Persatuan dan Syarikat Swasta.

Bertemakan "Membina Sahsiah Dengan Ajaran Rasulullah", majlis telah bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Pada tahun ini diadakan Pertandingan Perbarisan yang dinilai melalui lima sudut iaitu Penyertaan Perbarisan, Pakaian, Cogan Kata dan Salawat.

Menyentuh mengenai tema, ia bertujuan untuk membangun, mentarbiyyah dan menyedarkan masyarakat Islam khususnya para belia akan peri mustahaknya sahsiah lohor Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam sebagai model terunggul untuk direnungi, diteladani dan dihayati sepenuhnya dalam usaha untuk membina negara dan bangsa yang berugama, bermartabat, bermaruah, digalati dan dihormati.

Maka dengan taat dan patuh mengikuti ajaran-ajaran Baginda itu, semua orang akan menjadi insan yang berdisiplin, beriltizam dan bertanggungjawab dalam menanai dan melaksanakan segala amanah yang diberikan sehingga dapat mencapai kecemerlangan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.



His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam led a procession of close to 20,000 participants in the capital to celebrate the birthday of Prophet Muhammad (pbuh).
The ceremony began shortly after the arrival of His Majesty with the recitation of surah al-fatihah, which was read by State Mufti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
It was followed by a speech by the Minister of Religious Affairs.
The minister emphasised on this year's theme 'Membina Syakhsiah Dengan Ajaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam' which aims to build and enlighten the Muslim community, especially the youth, on the importance of following the footsteps of Prophet Muhammad.
His Majesty in a titah Monday evening on the eve of Maulud had reiterated the importance of using Prophet Muhammad's formula as a guide for Muslims to succeed and urged the Ummah to embrace the actions and practices of the Prophet to eradicate social illnesses.


peserta dikir


Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432

dan Selamat Tahun Baru Masihi 2011


Sunday, December 5, 2010

PESTA SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KALI KE-2, 2010 - Mini Maraton



















Pesta Sukan Sekolah Rendah
disambut Meriah


Murid Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mohd Rizauddin Sukarmie Raizal yang mewakili Kawasan Brunei IIB mencuri tumpuan acara Mini Maraton Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali Ke-2 itu yang dilangsungkan hari ini dengan catatan masa 36.21 saat bagi mencipta rekod baru Pesta Sukan berkenaan. Acara larian yang dibahagikan kepada kategori lelaki (7.5 kilometer) dan kategori perempuan (6.5 kilometer) itu menyaksikan Kawasan Brunei IIA mengutip 1 pingat emas dan 2 pingat perak, diikuti Kawasan Brunei IIB dengan kutipan 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa, manakala Brunei IV mengutip 1 pingat gangsa.

Memungut pingat perak kategori lelaki dengan catatan masa 39 minit 34 saat ialah wakil Kawasan Brunei IIA, Ahmad Wafid Firdaus Abdul Rahim, manakala pingat gangsa dimenangi wakil Kawasan Brunei IIB, Ahmad Yazid Hidup yang mencatat masa 40 minit 9 saat. Dalam acara yang bermula dan berakhir di balapan Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu, wakil Kawasan Brunei IIA, merangkul pingat emas dan perak, kedua-duanya melalui dua orang murid Sekolah Rendah Pantai Berakas, iaitu Nur Huslina Saiful Rizal yang mencatat masa 39 minit 58 saat dan Siti Nur Azimah Md Khairudin dengan catatan masa 42 minit 22 saat.

Kawasan Brunei IV meraih satu-satunya pingat dalam acara Mini Maraton berkenaan melalui sumbangan pelari dari Sekolah Rendah Panglima Berudin Limau Manis, Nur Shariza Rahman yang mencatat masa 42 minit 38 saat bagi meraih pingat gangsa.

Melepaskan para peserta dan kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada 25 orang pelari terbaik dalam setiap kategori ialah Wakil Peribadi Pemangku Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, Dr Haji Junaidi Haji Abdul Rahman iaitu Pemangku Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Pe-nyelidikan, Kementerian Pendidikan, Awangku Abdullah Pengiran Haji Tengah. Mengiringi beliau ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Haji Kassim Mohammad Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pesta Sukan berkenaan, Haji Kassim Mohammad Yassin.


maaf gambar tidak dapat di upload, tq

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...