Friday, October 1, 2010

Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan di Asma Hotel, Jerudong pada 17 Syawal 1431 bersamaan 26 September 2010



Pada hari Ahad 17 Syawal 1431/26 September 2010 - Menteri Pendidikan, Pehin OK Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Abu Bakar Haji Apong menghadiri majlis ramah mesra hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan di Asma Hotel Jerudong.
Majlis hari ini dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi bersama majlis sebelum diserikan dengan persembahan eksklusif nyanyian lagu hari raya, persembahan gabungan dan ditutup dengan persembahan oleh jawatankuasa penganjur majlis iaitu jabatan pendidikan kokurikulum dan jawatankuasa pengetua-pengetua dan timbalan pengetua (JAPTIM)
Persembahan hari ini dijayakan oleh badan kesenian dan kebudayaan, jabatan kokurikulum, jabatan sekolah-sekolah dan jabatan perkembangan kurikulum, jabatan pentadbiran dan perkhidmatan, jabatan perancangan dan jabatan pengurusan estet serta Jabatan Perancangan Perkembanag dan Penyelidikan.
Selain itu persembahan juga melibatkan jabatan perkembangan dan penyelidikan, jabatan kenaziran sekolah-sekolah, jabatan pendidikan teknik, jabatan peperiksaan, jabatan teknologi dan maklumat, jabatan perkembangan sumber tenaga manusia.Di sesi terakhir majlis hari ini persembahan diteruskan lagi oleh unit pendidikan khas, unit pendidikan swasta, pusat kerjasama sains, teknologi dan alam sekitar dan unit dermasiswa.
Ministry of Education celebrates Hari Raya
On Sunday 26th September 2010, some 300 officers and staff from the Ministry of Education attended a Hari Raya Aidilfitri celebration at the Asma Hotel in Jerudong.
The chief guest was the Minister of Education, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong and spouse.
Also in attendance was the Deputy Minister of Education, permanent secretary as well as officers and staff from the ministry and departments under it.
The event was part of the ministry's annual event, which aims at fostering closer ties, cooperation and understanding between officers and staff of Ministry of Education and departments under it. The event also acted as an opportunity for officers and staff to exchange Hari Raya greetings as many are not able to visit each other during the festive season.
The event, coordinated by the Department of Co-Curriculum Education and JAPTIM, was highlighted with song and dance performances by five different teams from the ministry and departments under it. Another interesting event was the lucky draw, where winners won themselves attractive prizes.The event was also attended by officers and staff from UBD and UNISSA.

Tuesday, September 21, 2010

Suasana menjelang Syawal di JPPP

Buat apa tu.........riang gembira
Terima kasih atas kerjasama biskita

Ketupat Pulut di atas para,

Hendak direbus diatas Bara,

SMS dihantar pengganti Kad Raya,

Tanda Ingatan Dihari Raya… ”

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.



Aidilfitri hari kemaafan

Menghapus kesalahan sesama insan

Memupuk perpaduan sesama ehsan

Mengikat tali keakrapan


Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan


Cincin disarung hati berdebar

Jarinan lembut wajah terhias

Ramadan disambut penuh sabar

Aidilfitri disambut dengan meriah



Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria

Berbunyi mercun berdetum detam

Riang gembira dihari raya



SELAMAT HARI RAYA
MA'AF ZAHIR DAN BATIN




Perjumpaan dengan Pmk.Pengarah dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan yang baru bersama dengan Pegawai dan Kakitangan di bilik Muzakarah dan bilik Latihan Tingkat 1

Monday, September 20, 2010

Majlis Penyerahan Tugas Kepada Pemangku Pengarah Baru

Tetamu Kehormat pada Majlis tersebutMantan Pengarah Perancangan, Perkembangan dan PenyelidikanPemangku Pengarah Baru

Bilik Persidangan 1 Pada 30hb oktober 2017 Hari Isnin Jam 9.00 am ...